Gangguan seksual merupakan satu fomena yang mengerikan. Sering mangsa menghadapi perasaan tertekan, marah dan hilang pertimbangan tetapi malangnya tidak mampu berbuat apa apa untuk membuat tindakan kerana perasaan malu, bimbang disindir dan sebagainya menyebabkan mangsa gangguan seksual enggan membuat laporan dan dengan itu terpaksa menderita dan memendam rasa.
Makna Gangguan Seksual (Kementerian Sumber Manusia) :
Sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak dingini dan memberi kesan sebagai satu gangguan sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal:
Yang, atas sebab yang munasabah, boleh dianggap oleh penerima (mangsa) sebagai mengenakan syarat berbentuk seksual ke atas pekerjaannya: atau
Yang, atas sebab yang munasabah, boleh dianggap oleh penerima (mangsa) sebagai pencabulan maruah, atau penghinaan atau ancaman terhadap dirinya tetapi tiada hubungan terus dengan pekerjaannya.
Situasi di mana gangguan seksual boleh berlaku termasuklah:
Majlis sosial berhubung dengan pekerjaan
Semasa menjalankan tugas di luar tempat kerja
Sesi latihan berkaitan dengan pekerjaan
Semasa perjalanan berkaitan dengan tugasan
Melalui telefon
Melalui media elektronik.
Bentuk-bentuk Gangguan Seksual
Gangguan secara lisan:
Contoh: kata-kata, komen, gurauan, usikan, bunyi dan soalan-soalan berbentuk ancaman atau cadangan seksual.
Gangguan secara isyarat/bukan lisan:
Contoh: pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir atau memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seksual, tingkah laku mengurat yang berterusan.
Gangguan visual:
Contoh: menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis ganbar lucah, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian badan sulit yang tidak sepatutnya didedahkan.
Gangguan psikologi:
Contoh: mengulangi jemputan sosial yang telah tidak diterima, memujuk berterusan untuk keluar bersama atau untuk bercumbuan.
Gangguan fizikal:
Contoh: sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium, serangan seksual.
Para Wanita.
Jangan biarkan diri andan terus dizalimi dan dianiayai termasuk melalui Gangguan Seksual. Ambil tindakan, buat laporan, hebah pada umum durjana terlibat (penganggu) dan seumpamanya. Sila beri maklum balas dan perkongsian pengalaman pahit melalui blog ini. Bangun ke arah pembebasan hak.
Tuesday, February 17, 2009
Penganiayaan Wanita: Elizabeth Menjadi Mangsa
Baru baru ini masyarakat dikejutkan laporan di mana orang tertentu mengedar foto-foto dan rakaman video Eli sedang tidur dalam keadaan separuh bogel. Ia merupakan satu pencabulan nyata terhadap maruah wakil rakyat tersebut dengan tujuan untuk memalukan dan mencemarkan nama baik beliau. Tindakan jahat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini melanggar hak asasi wanita. Adalah difahamkan foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya – kemungkinan oleh seorang bekas teman lelaki – sewaktu beliau sedang tidur.
Alangkah malunya individu-individu yang berkelakuan dengan sengaja memburukkan maruah orang lain; dalam kes ini seorang wanita. Individu-individu kelas ketiga ini memperlihatkan kehinaan dan kebodohan mereka dengan tindakan tersebut. Semua orang terutama wanita harus melihat perkara ini secara serius. Wanita tidak seharusnya dibiarkan dianiaya tanpa henti. Mereka harus peka untuk memperlindung diri mereka sendiri dengan mengelak perbuatan yang boleh memerangkap mereka. Jangan terlalu percaya pada orang lain walaupun ia merupakan teman lelaki atau tunang sekalipun; atau wanita akan dianiaya dan menjadi mangsa kezaliman. Wanita perlu lebih berhati-hati berkawan dengan sesiapapun. Jangan buka ruang kesempatan yang mungkin diambil oleh individu tertentu (yang sukar dibaca pemikirannya dan tindaktanduk masa hadapan).

Friday, February 13, 2009
Wadah Wanita
Assalamualaikum
Ini merupakan platfom Anti Jenayah dan Penganiayaan Terhadap Wanita. Pendedahan penganiayaan terhadap wanita akan dipaparkan dan perkongsiaan maklumat dari mereka yang pernah teraniaya dan tertindas akan dikongsikan. Para wanita, sila bersama demi kebaikan bersama dan jenerasi kita.

Subscribe to:
Posts (Atom)