Gangguan seksual merupakan satu fomena yang mengerikan. Sering mangsa menghadapi perasaan tertekan, marah dan hilang pertimbangan tetapi malangnya tidak mampu berbuat apa apa untuk membuat tindakan kerana perasaan malu, bimbang disindir dan sebagainya menyebabkan mangsa gangguan seksual enggan membuat laporan dan dengan itu terpaksa menderita dan memendam rasa.
Makna Gangguan Seksual (Kementerian Sumber Manusia) :
Sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak dingini dan memberi kesan sebagai satu gangguan sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal:
Yang, atas sebab yang munasabah, boleh dianggap oleh penerima (mangsa) sebagai mengenakan syarat berbentuk seksual ke atas pekerjaannya: atau
Yang, atas sebab yang munasabah, boleh dianggap oleh penerima (mangsa) sebagai pencabulan maruah, atau penghinaan atau ancaman terhadap dirinya tetapi tiada hubungan terus dengan pekerjaannya.
Situasi di mana gangguan seksual boleh berlaku termasuklah:
Majlis sosial berhubung dengan pekerjaan
Semasa menjalankan tugas di luar tempat kerja
Sesi latihan berkaitan dengan pekerjaan
Semasa perjalanan berkaitan dengan tugasan
Melalui telefon
Melalui media elektronik.
Bentuk-bentuk Gangguan Seksual
Gangguan secara lisan:
Contoh: kata-kata, komen, gurauan, usikan, bunyi dan soalan-soalan berbentuk ancaman atau cadangan seksual.
Gangguan secara isyarat/bukan lisan:
Contoh: pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir atau memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seksual, tingkah laku mengurat yang berterusan.
Gangguan visual:
Contoh: menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis ganbar lucah, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian badan sulit yang tidak sepatutnya didedahkan.
Gangguan psikologi:
Contoh: mengulangi jemputan sosial yang telah tidak diterima, memujuk berterusan untuk keluar bersama atau untuk bercumbuan.
Gangguan fizikal:
Contoh: sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium, serangan seksual.
Para Wanita.
Jangan biarkan diri andan terus dizalimi dan dianiayai termasuk melalui Gangguan Seksual. Ambil tindakan, buat laporan, hebah pada umum durjana terlibat (penganggu) dan seumpamanya. Sila beri maklum balas dan perkongsian pengalaman pahit melalui blog ini. Bangun ke arah pembebasan hak.
Tuesday, February 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
semua kaum wanita kenelah berani dan jgn takot untuk membuat aduan or ape2 yang bole selamatkn diri dari tros diganggu dgn gangguan2 cmni....!!!jgn tros diam or malu kalo ade gangguan cmni kat kite....nanti org laki tu akn betindak lebih berani dan pijak kepala kite.....hidop wanita!!!kite bkn golongn yang boleh ditindas sesuka hati!!kepada lelaki2 yg berkenaan tolongla sedar dan jgn mencabuli serta tak menghormati hak dan maruah wanita.....kaum lelaki sepatotnye menjadi pemimpin dan menjadi penyelamat kepada kaum wanita....bknnye nak tindas wanita....renungkanlah wahai kaum adam...
ReplyDelete