Tuesday, April 21, 2009
Wanita Lemah
Ada yang menyebut bahawa wanita ini lemah lembut atau "lembut dan Lemah". Hati wanita lembut, suka dipuji, dipujuk, mudah menangis. Kadangkala mereka terguris atas perkara yang kecil...kadangkala dari suami mereka lalu mereka menangis. Terdapat lelaki mengambil kesempatan atas kelemahan wanita ini. Malah mereka sengaja bermain emosi dan akhirnya wanita menangis dan wujud kebencian terhadap orang yang mengguris hati mereka...termasuk suami. Apabila mereka menangis... ia mudah pula dipujuk... tidak kira siapa yang memujuk. apabila wanita tersebut menangis dengan lelaki berkenaan dan meluahkan perasaan masalah mereka, perasaan malu dengan lelaki tersebut mulai hilang seolah-olah boleh berbicara apa sahaja dengan lelaki berkenaan. Ditambah lelaki berkenaan memuji wanita berkenaan, semakin lemahlah wanita itu..semakin banyak merujuk kepada lelaki berkenaan tanpa sedar bahawa perasaan mereka telah dimainkan...menunggu untuk diperangkap.
Monday, April 6, 2009
Hati hati dengan orang bergelar MOHAR
Laporan terhadap orang bergelar MOHAR.
Beliau adalah seorang trainer, motivasi, bercakap tentang sekstual harassment tetapi turut terlibat dalam sekstual harassment. Beliau mengajar orang bagaimana untuk mengelak dirogol, tetapi waktu yang sama mempengaruhi isteri orang dan membuat perhubungan dengan isteri orang. Nama sebenar... akan didedahkan.
Beliau adalah seorang trainer, motivasi, bercakap tentang sekstual harassment tetapi turut terlibat dalam sekstual harassment. Beliau mengajar orang bagaimana untuk mengelak dirogol, tetapi waktu yang sama mempengaruhi isteri orang dan membuat perhubungan dengan isteri orang. Nama sebenar... akan didedahkan.
MISS YOU.... LOVE YOU
Wahai para wanita (termasuk para isteri), jangan mudah mengucap Miss you atau Love you pada lelaki (bukan suami) sewenang-wenangnya. Ucapan yang berterusan akan meruntuh sifat malu pada lelaki tersebut walaupun ianya ucapan melalui sms, telefon atau email meskipun jarang bertemu. Ucapan berterusan membina kerinduan yang membesar dan akan diluahkan bila bertemu nanti. Bagaimana miss you dan love you dicurahkan?... ia akan diterjemah dalam bentuk perbuatan seperti ciuman dan pelukan pada lelaki berkenaan..walaupun tidak dirancang untuk berbuat demikian...walaupun anda kata tidak dan tidak akan berlaku. Awas ucapan anda... Para isteri tidak terkecuali bila menyebut Miss you pada orang lain dan bukan suami sendiri. Jangan biarkan lelaki mainkan perasaan anda.
Jangan Menangis
Para wanita jangan mudah menangis dengan lelaki (selain dari suami). terdapat kes di mana ada lelaki memang sengaja memain emosi wanita (termasuk para isteri) sehingga wanita dan para isteri tersebut menangis. jika itu berlaku, tembok antara wanita tersebut dengan lelaki berkenaan akan hancur. Wanita itu sudah hilang malu dan apa sahaja masalah akan dikongsikan dengan lelaki berkenaan. Lelaki itu akan mengambil kesempatan terhadap wanita tersebut dan memesongkan fikiran wanita tersebut. Lelaki tersebut kononnya seorang yang sedia mendengar malah mengalakkan wanita tersebut untuk berkongsi apa jua masalah. Lelaki tersebut dilihat seperti jujur dan baik. Yang lebih merbahaya lagi, wanita itu terus percaya dan bergantung kepada lelaki tersebut yang dari masa memberi nasihat yang melencong. terdapat kes akhirnya wanita berkenaan mulai sayang dan jatuh hati kerana lelaki berkenaan bermain perasaan. Apa lelaki itu mahu dari wanita yang bergelar Isteri? Ya... ambil kesempatan. Awas!
Subscribe to:
Posts (Atom)