Monday, April 6, 2009

Jangan Menangis

Para wanita jangan mudah menangis dengan lelaki (selain dari suami). terdapat kes di mana ada lelaki memang sengaja memain emosi wanita (termasuk para isteri) sehingga wanita dan para isteri tersebut menangis. jika itu berlaku, tembok antara wanita tersebut dengan lelaki berkenaan akan hancur. Wanita itu sudah hilang malu dan apa sahaja masalah akan dikongsikan dengan lelaki berkenaan. Lelaki itu akan mengambil kesempatan terhadap wanita tersebut dan memesongkan fikiran wanita tersebut. Lelaki tersebut kononnya seorang yang sedia mendengar malah mengalakkan wanita tersebut untuk berkongsi apa jua masalah. Lelaki tersebut dilihat seperti jujur dan baik. Yang lebih merbahaya lagi, wanita itu terus percaya dan bergantung kepada lelaki tersebut yang dari masa memberi nasihat yang melencong. terdapat kes akhirnya wanita berkenaan mulai sayang dan jatuh hati kerana lelaki berkenaan bermain perasaan. Apa lelaki itu mahu dari wanita yang bergelar Isteri? Ya... ambil kesempatan. Awas!

No comments:

Post a Comment