Tuesday, April 21, 2009
Wanita Lemah
Ada yang menyebut bahawa wanita ini lemah lembut atau "lembut dan Lemah". Hati wanita lembut, suka dipuji, dipujuk, mudah menangis. Kadangkala mereka terguris atas perkara yang kecil...kadangkala dari suami mereka lalu mereka menangis. Terdapat lelaki mengambil kesempatan atas kelemahan wanita ini. Malah mereka sengaja bermain emosi dan akhirnya wanita menangis dan wujud kebencian terhadap orang yang mengguris hati mereka...termasuk suami. Apabila mereka menangis... ia mudah pula dipujuk... tidak kira siapa yang memujuk. apabila wanita tersebut menangis dengan lelaki berkenaan dan meluahkan perasaan masalah mereka, perasaan malu dengan lelaki tersebut mulai hilang seolah-olah boleh berbicara apa sahaja dengan lelaki berkenaan. Ditambah lelaki berkenaan memuji wanita berkenaan, semakin lemahlah wanita itu..semakin banyak merujuk kepada lelaki berkenaan tanpa sedar bahawa perasaan mereka telah dimainkan...menunggu untuk diperangkap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment